F Juara AF2016, Amir Gemar Lagu Faizal Tahir | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Juara AF2016, Amir Gemar Lagu Faizal Tahir


Setiap minggu anak muda ini sentiasa memberikan persembahan yang terbaik, sehinggakan pada malam tadi telah membuktikan bahawa kemenangannya sebagai juara musim terbaru Akademi Fantasia 2016 (AF2016) adalah seperti yang dijangkakan oleh orang ramai.

Pada konsert akhir AF2016, Amir atau Nama penuhnya Amir Syazwan Masdi, 20, bagaimanapun mengakui tugasan single terbaru berjudul Pemilik Cinta adalah sukar untuk dibawa.

"Bagi pandangan saya sendiri, genre lagu itu tidak mudah untuk dinyanyikan kerana ia lagu yang cukup rancak.

"Amir sukakan lagu-lagu yang 'slow-rock' dan 'pop-rock' contohnya seperti lagu Faizal Tahir dan kumpulan Spring.

"Andai diberi peluang, pada masa akan datang nanti Amir merancang untuk buat lagu genre yang Amir suka," terangnya.

Untuk rekod, gelaran juara yang dinobatkan kepada Amir sekali gus membawa pulang wang berjumlah RM50,000 dan RM5,000 bagi kategori Anugerah Fantasi D'Herbs.



Naib Juara membawa pulang RM20,000 jatuh kepada Amal dengan undian 22%, manakala tempat ketiga RM15,000 Reshma 21%.

Bagi tempat keempat RM10,000 milik Ara dan Afi tempat kelima RM5,000.  Setiap peserta membawa pulang trofi.
Powered by Blogger.