F Josiah Hogan Akui Jemu Jadi 'Mat Saleh' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Josiah Hogan Akui Jemu Jadi 'Mat Saleh'

Aktor berwajah Pan-Asia, Josiah Padilla Hogan mengakui beliau sudah bosan apabila kerap ditawarkan watak ‘mat saleh’ sejak menceburi bidang lakonan kira-kira enam tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, disebabkan sering mendapat tawaran watak yang hampir sama membuatkan dia berasa putus asa dan mahu berhenti daripada bidang tersebut.

"Pada saya, rupa atau warna kulit tidak menjadi ukuran dalam lakonan. Sebagai pelakon, sudah tentunya saya ingin mencuba pelbagai watak.

"Jadi, kenapa mahu hadkan bakat lakonan saya dengan hanya menawarkan watak-watak sedemikian?,” katanya

"Jika saya ambil keputusan (berhenti), itu bermakna saya benar-benar sudah berputus asa dengan industri. Alhamdulillah, saya masih bertahan hari ini kerana percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Tuhan,” katanya.

Biarpun bergerak perlahan, namun Josiah atau nama Islamnya Mohamad Musleh tetap optimis kerjaya seninya makin berkembang.

"Saya serius dalam industri ini. Fokus saya hanyalah berlakon.

"Jujurnya, saya tidak pernah anggap ia sebagai platform atau batu loncatan sebelum menceburi bidang lain.

"Bahkan, pembabitan saya dalam bidang ini juga bukan kerana mengejar populariti semata-mata," tutur pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Jangan Pergi ini.

Dalam perkembangan lain, Josiah kini sibuk mempromosikan filem terbarunya, Surf This Love. Selain itu, dia menantikan filem lakonanya, Paradox, KL Vampires dan KL Special Force yang dijangka akan ditayangkan tahun depan.
Powered by Blogger.