F JoHaRa Kekal No. 1 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

JoHaRa Kekal No. 1


JOHARA Kekal Nombor 1

Berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2, 2016 baru-baru ini; dari sudut kandungan radio, Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.3 juta pendengar.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mengukuhkan kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia. Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm meraih 5.8 juta pendengar eksklusif seminggu.

Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.

Menduduki tangga ke-2 radio yang digemari di Malaysia, Sinar FM dengan nafas baharunya berjaya menarik 4.7 juta pendengar seminggu.



Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondoli kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah, berkata, Radio terus berkembang maju, selari dengan pertumbuhannya mengikut permintaan masa kini.

"Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar.

"Para selebriti Astro Radio yang menggendalikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkatan pendengar," ujarnya.
Powered by Blogger.