Berita Terkini
recent

J.Lawrence Didakwa Bercinta Dengan Sutradara 21 Tahun Lebih Tua

Aktres Jennifer Lawrence ketika ini dilaporkan ini sedang hangat menjalin asmara dengan teman lelaki baharunya. Lebih tepat, wanita berusia 26 tahun itu sedang bercinta dengan sutradara yang 21 tahun lebih tua darinya.

Lelaki tersebut adalah Darren Aronofsky iaitu pengarah filem Noah yang dibintangi oleh Russell Crowe.

Laporan Aceshowbiz menyebut, Jennifer dan Darren mula rapat selepas bekerja bersama dalam sebuah pembikinan filem.

Menurut sumber, baru-baru ini aksi pasangan itu sedang berdua-dua berjaya dirakamkan Jennifer dan pengarah berusia 47 tahun itu kelihatan asyik menikmati makan tengah hari bersama.

"Jennifer dan Darren tidak ingin menonjolkan hubungan mereka, tapi mereka sangat tertarik terhadap satu sama lain," ungkap sumber.

Bagaimanapun, sehingga berita ini dihebohkan, masih belum ada kenyataan rasmi baik daripada Jennifer mahupun Darren.

Sebelum ini, Jennifer pernah menjalin asmara dan kemudian putus dengan Nicholas Hoult. Tahun lalu, bintang filem 'Hunger Games' itu berpacaran untuk waktu yang singkat dengan vokalis Coldplay, Chris Martin.

Sementara Darren Aronofsky pernah mengikat tali pertunangan dengan Rachel Weisz dan hasil hubungan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Selepas memutuskan pertunangan, Weisz menjalin hubungan dan berkahwin dengan Daniel Craig.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.