F Jared Leto Bikin Dokumentari Band Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jared Leto Bikin Dokumentari Band Sendiri

Kebelakangan ini nama vokalis band popular 30 Second to Mars, Jared Leto khabarnya kini sedang berada di puncak kariernya sebagai bintang filem. Sekaligus menjadi sebutan kalangan peminat juga penggiat filem Hollywood.

Selepas kejayaan meraih anugerah Oscar menerusi lakonannya yang memengang watak seorang transeksual dalam 'Dallas Buyers Club' (2013), Jared kembali beraksi sebagai Joker dalam 'Suicide Squad' (2016).

Pengalamannya dilapangan filem hanya dimanfaatkannya untuk dirinya. Terbaharu, Jared dilaporkan bakal menjadi sutradara untuk sebuah filem dokumenteri bandnya sendiri.

Bersama anggota 30 Second to Mars yang lain, Jared merancang untuk menghasilkan filem yang diberi judul 'Camp Mars: The Concert Film'.

Menerusi projek tersebut akan dipaparkan sedutan-sedutan gambar yang dipernah dirakamkan ketika Camp Mars, yang diadakan pada tahun 2015.

Setakat ini, teaser film tersebut sudah diriliskan. Video berdurasi 1 minit 10 saat itu memperlihatkan aktiviti setiap anggotanya ketika di acara konsert serta aktivi lain yang mereka lakukan sepanjang di Camp Mars.

'Camp Mars: The Concert Film' dijadualkan bakal ditayangkan pada 9 Oktober ini dan akan ditayangkan media streaming VyRT.
Powered by Blogger.