F Janji Big Bang pada peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janji Big Bang pada peminat

KUMPULAN K-Pop terkenal Big Bang berjanji kepada peminat mengatakan bahawa album terbaru grup mereka akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Salah seorang ahli grup itu, Taeyang berkata bahawa album terbaru mereka kini berada dalam proses akhir dalam persiapan album itu serta berharap peminat-peminat mereka bersabar untuk sedikit masa lagi.

“Saya berasa sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan VIP (kelab peminat) semua. Adakah anda semua merindui kami?

“Walaupun pertemuan kali ini singkat, namun kami mempunyai berita gembira untuk anda, album terbaru kami kini sedang berada dalam persiapan akhir, jadi semua bersabar sikit ya. Aku cinta padamu,” katanya  ketika memberi ucapan dalam  Konsert  Jelajah MADE VIP di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.

Selain itu, ahli termuda grup itu, Seungri mengatakan bahawa mereka akan kembali semula ke Malaysia dalam masa terdekat ini.

“Anda semua usah risau, kami semua akan kembali ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda lagi.  Nantikan kedatangan kami ya,” katanya.

Perkara tersebut disokong oleh ketua grup itu, G-Dragon, yang mengharapkan agar semua VIP akan terus menyokong mereka.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini, tanpa VIP, tiada lah Big Bang. Jauh di dasar hati saya, menyayangi anda semua!” katanya.

Kumpulan kpop popular ini mempunyai seramai lima orang ahli yang terdiri daripada G-Dragon (Ketua), Taeyang (Vokalis), T.O.P (Rapper), Daesung (Vokalis) dan Seungri (Ahli termuda) menyanyikan sebanyak 14 buah lagu dalam konsert yang telah berlansung selama dua jam dan dihadiri seramai 14 ribu peminat.
Powered by Blogger.