F Janet Jackson Tampil Sahkan Kehamilan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janet Jackson Tampil Sahkan Kehamilan

PENYANYI terkenal Janet Jackson akhirnya tampil mengesahkan kehamilannya selepas gambar dia yang sedang berada di sebuah kedai barangan bayi di London baru-baru ini tersebar.

Janet, 50, membuat pengakuan eksklusif kepada majalah People yang turut memaparkan gambar terbaharu penyanyi itu yang sedang sarat mengandung.

"Kami berterima kasih kepada tuhan kerana atas rahmat-Nya," katanya.

April lalu, Janet mengumumkan penundaan konsert jelajah dunianya kerana ingin memberi fokus kepada keluarga dan suami, jutawan Wissam Al Mana.

Bagaimanapun Janet enggan mengesahkan mengenai berita kehamilannya walaupun beberapa gambar dia dirakam dan memperlihatkan peningkatan berat badan yang mendadak selain perutnya kelihatan besar.

Dalam pada itu, Janet dilaporkan bakal melahirkan anak pertamanya itu pada Januari depan.
Powered by Blogger.