F Janet Jackson Pilih Nama Michael | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janet Jackson Pilih Nama Michael

Penghibur, Janet Jackson, 50, yang bakal menimang cahaya mata pertama, bulan depan, sepakat dengan suami menamakan bayi mereka Michael.

Sumber mendedahkan, pasangan yang mendirikan rumah tangga empat tahun lalu itu mahu mengabadikan nama Raja Pop itu sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang mereka.

"Jackson dan suaminya sudah memilih nama untuk si kecil. Ia adalah penghargaan kepada Michael Jackson, yang juga abang kesayangan Janet. Mungkin Michael dijadikan nama pertama atau nama tengah bayi itu kelak," katanya.

Rabu lalu, menerusi majalah People, Janet mengesahkan kehamilan selepas gambar dia dan suami yang juga jutawan terkenal Qatar, Wissam Al Mana, 41, dilihat membeli barangan bayi di London.

Selain pengakuan eksklusif, anak bongsu daripada 10 bersaudara yang dikenali dalam arena seni suara antarabangsa itu turut berkongsi gambar terbaharu menunjukkan dirinya sarat mengandung.

April lalu, Jackson mengumumkan konsert jelajah dunianya ditunda dengan alasan mahu fokus terhadap kehidupan berkeluarga sekali gus mencetuskan tanda tanya berhubung kehamilannya.

Walaupun dua bulan kemudian abangnya, Tito mengeluarkan kenyataan seakan mengakui Janet hamil, tiada sebarang pengesahan daripada empunya diri sehinggalah People menerbitkan artikel berkenaan.

Difahamkan, sepanjang kehamilan, Wissam melayani isterinya seperti seorang permaisuri. Malah, mereka juga menghadiri kelas Lamaze dan yoga sebagai persediaan menyambut orang baharu.

Sumber sama juga memberitahu, keluarga penyanyi terbabit menghormati pendirian pasangan berkenaan untuk membesarkan anak mengikut agama Islam.

Powered by Blogger.