Berita Terkini
recent

Janet Jackson Akhirnya Tayang Perut

Penyanyi Janet Jackson semalam menunjukkan perutnya yang semakin membesar sekaligus mengesahkan beliau kini hamil anak pertamanya pada usia 50 tahun.

Majalah People menerbitkan gambar ekslusif beliau sedang tersenyum sambil meletakkan tangan pada perutnya.

"Kami berterima kasih kepada Tuhan atas kurniaan ini," kata penyanyi itu kepada laman hiburan berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut. April lalu, Jackson menghentikan jelajah dunia Unbreakable dalam satu video selfie sama-samar di mana beliau sedang merancang hidup berkeluarga dan perlu berehat.

Jackson, anak bongsu keluarga penyanyi terkenal Jackson, berkahwin dengan suami ketiganya, ahli perniagaan dari Qatar, Wissam al Mana pada 2012.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.