F "Jaga Kakak Saya Baik-Baik" Siti Nurhaliza | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Jaga Kakak Saya Baik-Baik" Siti Nurhaliza


Tanggal 6 Oktober lalu, penyanyi Saida Tarudin yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan lelaki pilihannya, Hafiizh Che Mat (Apit).

Siti yang ditemui ketika menghadiri sidang media pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22), berkata, dia berharap agar abang iparnya dapat menjaga kakaknya dengan baik.

"Buat abang ipar saya Apit, jaga kakak saya baik-baik dan bimbing kakak saya menjadi isteri yang solehah dan Apit juga menjadi suami yang soleh.

"Semoga rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah itu doa saya. Buat kakak saya selamat pengantin baru dan bahagia dengan pilihannya. Saya happy kalau kakak happy," ujarnya.

Untuk rekod, Saida pernah berkahwin dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996. Namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan dengan bekas suami, Saida dikurnikan empat cahaya mata.
Powered by Blogger.