F Isteri Awie Dakwa Disihir | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri Awie Dakwa Disihir

Meskipun mulanya enggan mempercayai mengenai ilmu hitam namun isteri kepada penyanyi Rock, Awie iaitu Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin akhirnya mengakui turut terkena tempias penyakit misteri yang membelenggu suami.

Memetik laporan BH online, wanita berusia 29 tahun itu berkatam, dia mula menerima hakikat tersebut selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini.

Dia kemudiannya menjalani rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam selain mengamalkan bacaan ayat suci selain mengelak gangguan.

"Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib.

"Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," katanya

Mengaku takut dengan masalah dihadapinya, Lady percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Powered by Blogger.