F Intan Sarafina Dapat Sokongan Penuh Suami & Keluarga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Intan Sarafina Dapat Sokongan Penuh Suami & Keluarga


Lapan tahun lalu penyanyi Intan Sarafina agak senyap dari lapangan indusri seni, menurut Intan sendiri ini kerana sejak berkahwin dia sibuk menguruskan hal suami dan anak-anak.

Pun begitu, kini pelantun lagu Kembali ini akan muncul di pentas Gegar Vaganza musim terbaru nanti setelah mendapat restu suami dan keluarga.

"Alhamdulillah ini merupakan satu peluang dan ruang untuk saya kembali semula di arena seni hiburan dengan menyertai pertandingan seperti itu.

"Iyalah sejak berkahwin saya agak sibuk menguruskan rumah tangga sampaikan sekarang sudah ada tiga orang cahaya mata lelaki.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan keluarga kerana tidak menghalang saya untuk terus menyanyi. Mereka semua banyak memberikan semangat kepada saya untuk muncul semula," Katanya yang ditemui pada sidang media pengenalan GV3 bertempat di LOL@Live House, TREC Kuala Lumpur.

Nak tahu Intan masih mampu menyanyi setelah lapan tahun tidak tampil depan orang ramai. Sama-sama kita saksikan pada 16 Oktober ini.
Powered by Blogger.