F Insiden Pesawat Bergegar Kuat, Kandungan Farhan Selamat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Insiden Pesawat Bergegar Kuat, Kandungan Farhan Selamat


Kakigosip difahamkan penyanyi Farhan baru-baru ini berdepan dengan situasi mencemaskan apabila pesawat yang dinaikinya bergegar kuat kerana melalui awan tebal ketika dalam perjalanan menuju ke Alor Setar, Kedah.

Berikutan gegaran itu Farhan mengalami kekejangan perut kerana teranjak daripada tempat duduknya.

Oleh itu, Kakigosip telah menghubungi Farhan untuk mendapatkan susulan mengenai kandungannya.

"Alhamdulillah pesawat pada waktu itu pun mendarat dengan selamat dan sehingga kini kandungan dalam keadaan yang sihat.

"Bukan tidak mahu menaiki keretapi namun keadaan apabila menggunakan khidmat itu agak kurang selesa kerana nanti sakit badan. Jadi saya pilih untuk naik kapal terbang sahaja.

"Bagaimanapun, perkara itu sudah berlalu saya berharap agar cerita ini tidak diperbesarkan. Ini kerana ada orang boleh terima dan ada juga tidak," ujarnya.

Ditanya pula bagaimana pula reaksi suami Farhan iaitu Rashdan Suhaimi, ini jawapnya;

"Suami seorang yang memang selalu berfikiran positif dan sentiasa berada disamping saya dalam apa jua keadaan sekali pun. Baik dalam keadaan saya kelam kabut pun suami akan tenangkan saya.

"Pada masa yang sama juga peminat saya turut memberikan doa dan kata-kata postif kepada saya," jelasnya yang pernah keguguran pada 3 Jun lalu.

Untuk rekod, Farhan dan suami, Rashdan Suhaimi berkahwin pada 11 Oktober 2014. Eh! Selamat ulang tahun perkahwinan Farhan.
Powered by Blogger.