F Hidup Lebih Terurus Sejak Ada Peneman | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hidup Lebih Terurus Sejak Ada Peneman

Penyanyi kumpulan 6ixth Sense, Adi, mengakui kehidupannya kini lebih terurus dan teratur sejak mendirikan rumah tangga hampir setahun lalu.

"Dulu ketika bujang, makan, minum, pakai semuanya diuruskan sendiri. Sekarang, saya rasa lebih terurus dan ada peneman.

“Kalau dulu, habis kerja lewat malam tidak menjadi masalah memandangkan tiada komitmen sebagai suami. Sekarang, saya selalu berfikir ada isteri yang menunggu di rumah. Studio pun sudah dipindahkan ke rumah,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 33, bernikah dengan Natasyah Annes Ahmad, 22, pada 3 Disember 2015

Dalam pada itu Adi berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia kurang berkongsi mengenai perihal rumah tangganya.

"Isteri saya tidak terbabit dalam industri hiburan, jadi mungkin dia sedikit kekok untuk muncul pada acara hiburan. Dia sendiri juga memilih untuk tidak terlalu menonjol dan saya faham kehendaknya.

“Kadang-kadang kalau ada acara melibatkan saya sebagai artis, saya akan pujuk dia untuk turut hadir menemani, tetapi tidak pernah menghalang atau memaksanya untuk ikut,” katanya.

Menurut Adi, berbanding dulu, kini isterinya lebih banyak belajar mengenai kerjayanya dan semakin selesa dengan keadaan itu.

"Saya banyak berpesan kepadanya untuk mula belajar selok-belok industri hiburan memandangkan dia sendiri ada bakat mencipta lagu. Lagu pertama ciptaannya ialah Lelaki Teragung yang dinyanyikan Dayang Nurfaizah,” katanya.
Powered by Blogger.