F Hidap Penyakit Lupus, Toni Braxton Kini Stabil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hidap Penyakit Lupus, Toni Braxton Kini Stabil

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Unbreak My Heart, Toni Braxton, ditahan di wad sebuah hospital di Atlanta, selama empat hari akibat penyakit lupus yang dihidapinya sejak enam tahun lalu.

Wakil kepada penyanyi bersuara gemersik itu memberitahu media, wanita berkenaan memerlukan rawatan rapi sepanjang ditahan dan kini sudah dibenarkan keluar hospital tetapi perlu berehat di rumah.

"Beliau berada dalam keadaan stabil dan tidak serius, tetapi penyakit lupus memerlukan beliau berehat dan kesihatannya perlu dipantau rapi," katanya mengenai penyanyi yang berusia 48 tahun itu.

Tiada sebarang pengesahan sama ada Braxton dikejarkan dengan ambulans ke pusat rawatan berkenaan atau memandu sendiri ke sana bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, kekasih Braxton yang juga penyanyi rap, Birdman, dilaporkan terbang dari Texas sebaik mendengar teman wanitanya itu ditahan di wad.

Pemenang Anugerah Grammy yang terkenal dengan rangkaian lagu popular seperti You're Making Me High, He Wasn't Man Enough, I Dont Want To dan Spanish Guitar itu disahkan menghidap penyakit yang menyerang organ dalaman badan, termasuk tisu serta mengganggu sistem imun badan, sekitar tahun 2010.

Pernah memenangi Anugerah Pencapaian Wanita Penghidap Lupus Los Angeles, Braxton sebelum ini dilaporkan mengakui beliau kadang kala tidak dapat mengimbangi kehidupannya akibat penyakit berkenaan.

"Apabila menghidap penyakit ini, anda seperti akan berdepan dengan masalah selsema setiap hari, tetapi saya selalunya akan bertenang dan berehat seketika.

"Paling susah apabila anda perlu menyanyi pada saat diserang penyakit ini, namun saya juga memilih untuk menyanyi bagi melupakan rasa sakitnya," katanya.

Powered by Blogger.