F Hendak ke Korea Selatan tapi sampai Korea Utara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hendak ke Korea Selatan tapi sampai Korea Utara

Seorang lelaki warga Kenya membuat satu kesilapan  besar apabila tersalah beli tiket kapal terbang membuatkan dia mendarat di Pyongyang, Korea Utara.

Destinasi utama Daniel Olomae Ole Sapit adalah bandar Pyeongchang, Korea Selatan. Dia ingin menghadiri persidangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sana.

Menurut perternak lembu dari Kenya ini, dia menyedari kesilapannya apabila tiba di bandar yang berlainan dari yang disangka.

“Saya tiba di China dari Kenya dan teringat ada membuat tempahan tiket kapal terbang ke Pyongyang, saya sangkakan itu adalah bandar untuk tapak persidangan PBB.

“Apabila tiba sahaja di Pyongyang, saya berasa pelik kerana bandar tersebut agak mundur berlainan dari jangkaan saya untuk satu kota metropolitan yang maju,” katanya kepada Korea Daily.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana dibenarkan untuk meninggalkan Korea Utara namun dikenakan denda sebanyak AS$500 dolar kerana memasuki negara tersebut tanpa visa.

Bandar Pyeongchang bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2018 dan merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di negara tersebut.
Powered by Blogger.