F Hairie Othman Dalami Ilmu Agama di India | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hairie Othman Dalami Ilmu Agama di India

Selama lima tahun menyepi daripada dunia lakonan, rupanya dalam tempoh itu Hairie Othman, 45, memanfaatkan masanya dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Memetik laporan BH online, bintang Leftenan Adnan itu juga sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta itu turut aktif bersama sebuah parti politik.

"Ketika itu, saya belajar bersusah-payah demi agama. Dalam hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kesenangan takkan datang tanpa kita berusaha.

"Sesuatu yang saya belajar ketika mendekatkan diri dengan hal kebaikan ialah kita tak perlu menghukum atau menghakimi orang. Usaha berdakwah ini lebih kepada mengajak orang kepada kebaikan. Kita bukan badan kehakiman yang menentukan sesuatu perkara.

"Saat ini juga, dalam sebulan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke jalan Allah," katanya.

Dalam pada itu Hairie Hairie turut menyatakan keinginannya untuk kembali berlakon.
Powered by Blogger.