F Hafidz Roshdi Masih Teruja Sebagai Pengantin Baharu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafidz Roshdi Masih Teruja Sebagai Pengantin Baharu

Pelakon Hafidz Roshdi masih merasai keterujaan sebagai pengantin baharu apabila mengadakan kenduri kahwin buat kali kedua walaupun sudah bernikah dengan Nurul Shuhada Mat Shukri lima bulan lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, berkata, majlis itu diadakan bagi meraikan rakan-rakan dan peminat yang tidak sempat hadir pada resepsi perkahwinannya yang diadakan di Perlis sebelum ini.

"Walaupun telah lama bernikah tetapi sebenarnya keterujaan sebagai 'pengantin baharu' itu masih ada.

"Kenduri ini pun diadakan bagi meraikan rakan-rakan dan peminat kerana ramai yang tidak dapat hadir sebelum ini.

"Alhamdulillah ramai yang hadir dan majlis hari ini pun meriah," katanya .

Hafidz ditemui pada majlis persandingannya yang diadakan di Astana Impian di sini, Sabtu.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami-isteri pada 30 April lalu di kediaman wanita tersebut di Perlis.

Dalam pada itu, Hafidz berkata, dia dan isteri bakal berangkat ke Korea Selatan pada 21 Oktober ini untuk berbulan madu.

Bagaimanapun katanya, percutian itu turut disertai oleh ahli keluarga yang lain sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

"Percutian keluarga ini sudah lama dirancang tetapi saya dan isteri sekali lagi akan ke Korea pada Januari depan untuk berbulan madu," katanya.


Ditanya soal anak, Hafidz mengakui sebelum ini dia dan isterinya merancang untuk mendapatkan anak namun kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga.

Sementara itu, Nurul Shuhada berkata, dia tetap akan memberi sokongan penuh kepada suaminya itu walaupun sebelum ini pelbagai kontroversi melanda lelaki itu.

"Sesuatu dugaan itu akan kami cuba tangani dengan baik dan sebagai isteri saya akan beri sokongan penuh kepada suami kerana itu kerjayanya," katanya.
Powered by Blogger.