F Gurauan Affleck, Damon berterusan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gurauan Affleck, Damon berterusan

Gurauan di antara dua bintang Hollywood, Ben Affleck dan Matt Damon membabitkan pemain quarterback legenda NFL, Tom Brady masih berterusan.

Baru-baru ini, persaingan Affleck dan Damon mengenai siapa di antara mereka lebih layak menjadi rakan baik Brady memasuki peringkat baru.


Pada Rabu lalu, Damon ‘menggodam’ akaun Facebook Affleck dengan memuat naik video ketika bintang Batman VS Superman itu meninggalkan tempatnya untuk ke tandas.

“Apa khabar Facebook? Ben ke tandas. Kami kini berada di pejabat, jadi saya mengambil alih laman Facebook dia untuk seketika.


“Saya rasa anda mungkin terdengar Ben mendakwa berkawan dengan Tom Brady. Ia mungkin benar atau tidak,” katanya.

Terdahulu, pelakon Jason Bourne itu sempat menukarkan gambar profil akaun Facebook Affleck yang memaparkan dirinya bersama Brady.

Lebih melucukan, Damon mengedit gambar itu dengan meletakkan mukanya pada Affleck dan turut menyertakan perkataan ‘BFFs’.

Menurut portal ET, bulan lalu Affleck dan Damon berkongsi video di laman Facebook Brady yang memaparkan mereka berpura-pura bertengkar siapa lebih rapat dengan pemain American Football itu.

Brady sememangnya rakan baik kedua-dua selebriti berkenaan dan mendedahkan mereka pernah menghulurkan bantuan kepadanya ketika berdepan kesusahan dalam kariernya.

“Sudah bertahun saya mengenali Damon dan Affleck. Mereka sentiasa memberi sokongan kepada NFL,” katanya.

Bukan idola anak

Dalam perkembangan lain, Affleck mendedahkan kepada portal E! Online adiwira Batman bukan lagi kegemaran anak lelaki bongsunya, Samuel.

Menurut Affleck, kanak-kanak berusia empat tahun itu baru-baru ini memberitahu seorang rakan dia kini meminati adiwira komik Marvel, Flash.

“Rakan anak saya bertanyakan siapa adiwira kegemaraannya dan dia menjawab Flash.

“Anak saya turut memberitahu rakannya ‘Batman adalah bapa saya’. Jadi saya berasakan dia sudah hilang minat terhadap Batman,” katanya.

Berkongsi persiapan keluarganya menyambut perayaan Halloween pada 31 Oktober ini, pelakon itu memberi kebebasan kepada tiga anaknya untuk memilih kostum sendiri.

“Tahun ini, saya dan isteri tidak akan mereka kostum anak dan kami memilih untuk membeli pakaian itu di kedai.

“Kostum ini diperbuat daripada bahan plastik yang mudah terbakar dan dipakai kanak-kanak setahun sekali untuk ke rumah orang tidak dikenali,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru karier lakonannya pula, Affleck kini beraksi dalam filem The Accountant yang menyaksikan dia membawa watak sebagai genius matematik.
Powered by Blogger.