F Gelas Bersisa Susu Diminum Justin Bieber Cecah RM2,318 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gelas Bersisa Susu Diminum Justin Bieber Cecah RM2,318

Sebiji gelas yang digunakan oleh bintang sensasi Justin Bieber untuk meminum susu ketika berkunjung ke sebuah pub dan restoran Essex telah dilelong di eBay.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Love Yourself dilaporkan telah membuat kejutan kepada apekerja di restoran yang terletak di hotel King Oak High Beach itu apabila dia tiba-tiba muncul untuk menikmati makan malam.

Selepas Bieber meninggalkan pub itu, pengurus premis berkenaan memutuskan untuk tidak mencuci gelas yang masih bersisa susu sebaliknya bercadang melelongnya di eBay.

Bidaan pada pagi Sabtu lalu telah mencecah £43.00 (kira-kira RM199) selepas 19 orang meletakkan bidaan mereka, tetapi bagi sesiapa yang berminat dan mahu membelinya, mereka boleh menekan terus pada 'beli sekarang' (buy now).

Menurut Penolong Pengurus di Kings Oak, Amy Potter, berkata, dia dan kakitangan lain terkejut apabila Bieber tiba di pub mereka. Pekerja berusia 24 tahun berkata,

"Kami melihat pengawal peribadi beliau di luar pub dan kemudian kami berjenaka, 'bayangkan jika itu adalah Justin Bieber' dan kemudian beliau benar-benar muncul.

"Saya terkejut, 'oh Tuhan, apa yang dia buat di pub ini? Mujurlah saya masih di situ sementera menunggu waktu kerja saya tamat dan mahu pulang.

"Dia sangat baik dan bertanyakan tentang kami. Selama lebih kurang sejam, kami sempat hoki ais juga turut memberitahu kepadanya mengenai beberapa cerita hantu yang menghantui pub ini.

"Sebelum ini kami pernah menerima kunjungan beberapa selebriti seperti Danny Dyer tetapi Justin Bieber adalah antara penghibur nama besar."

Tambah Amy lagi, Bieber kebetulan membuat persembahan di O2 sebelum ke Birmingham, Bagaimanapun dia bergerak meninggalkan ub itu selepas menyedari seseorang yang cuba untuk merakamkan gambarnya.

"Keadaan sangat tenang untuk beliau malah Bieber kelihatan selesa menikmati makanannya. Namun dia terpaksa meninggalkan pub sebelum gambarnya tersebar luas di media sosial dan berkemungkinan ramai peminat akan menyerbu ke sini untuk bergambar bersamanya," katanya.

"Ramai peminat kanak-kanak hadir selepas itu dan kami menunjukkan gelas tersebut kepada mereka dan kemudian berkata 'mari kita meletakkan ia di ebay dan melihat apa yang kita boleh dapat.

Sejurus itu, Amy meletakkan gelas itu di laman lelong eBay bermula dengan tawaran minimum sebanyak £10 (kira-kira RM46) sehingga sekarang harga terkininya telah mencecah £500 (kira-kira RM2,318).
Powered by Blogger.