F G-FRIEND Tergelincir pentas basah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

G-FRIEND Tergelincir pentas basah

Annyeonghaseyo! Bukan mudah untuk beraksi di pentas jika keadaannya membahayakan dan tidak meyakinkan mana-mana artis. Ada yang sanggup membatalkan persembahan demi keselamatan diri sebelum terjadi perkara buruk.

Bagaimanapun, kumpulan wanita G-Friend mengambil risiko dengan meneruskan persembahan sempena Pertandingan Sukan Nasional walaupun pentas ketika itu masih basah akibat hujan.

Berdasarkan video rakaman daripada peminat, G-Friend yang mempersembahkan lagu Me Gusta Tus itu seperti membahayakan diri untuk meneruskan persembahan.


Pada masa sama, pihak produksi kelihatan berhadapan masalah agenda tertunda gara-gara mahu mengeringkan pentas.

Memandangkan G-Friend bakal naik ke pentas, lebih ramai kakitangan dikerah untuk melakukan tugas itu.


Ketika persembahan berlangsung, anggota kumpulan itu berusaha menyesuaikan diri disebabkan keadaan pentas basah. Yang pasti, masing-masing kelihatan sangat tidak selesa.

Beberapa kali juga anggotanya, Yuyu dilihat tergelincir dan terjatuh sehingga peminat bimbang.

Biarpun persembahan mereka kelihatan kekok dan ditayangkan secara langsung di TV, peminat tetap kagum dan memuji kumpulan itu.

Walaupun bimbang dengan situasi itu, G-Friend bersikap profesional dan menghabiskan persembahan.

Video berkenaan sekali gus membawa kembali ingatan peminat terhadap insiden terdahulu apabila beberapa penyanyi pernah berhadapan situasi sama.

Ketika ini, G-Friend terpaksa bergerak berlima memandangkan seorang anggotanya iaitu Umji masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan di kakinya.
Powered by Blogger.