F Farah Asyikin dapat hak penjagaan anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Farah Asyikin dapat hak penjagaan anak

SELEPAS sah bercerai pada bulan Januari lalu, akhirnya penyanyi Farah Asyikin menerusi akaun Facebooknya, ada memuat naik status menyatakan kesyukurannya kerana pihak mahkamah telah pun memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Farah.

Menerusi kenyataan itu, MH Online difahamkan Farah tidak menghalang andai bekas suaminya mahu berjumpa dengan anak lelaki mereka.

“Kita permudahkan urusan orang, moga Allah permudahkan urusan kita.

Alhamdulillah, hak penjagaan anak dipersetujui diberikan kepada saya. Yes, I got the full custody of my son. I gave the visitation rights whatever the father wants, mengikut kehendak hatinya.

“Perjalanan yang memenatkan mental dan fizikal jika tidak kukuh dasarnya. Alhamdulillah kes hadhanah sudah tamat. I can finally move on with my life dengan tenang. Tidur dengan tenang. Merancang kehidupan saya dan anak dengan tenang. Insya-ALLAH,” tulisnya.

Sementara itu, Farah juga mengakui bahawa dia tidak kisah dengan orang yang terlalu sibuk dengan kehidupan peribadinya.

“Daddy Owais beritahu saya ada antara followers di sini hanya follow saya untuk memancing maklumat tentang perkongsian saya dan di report kepadanya. Tak suka, unfollow saja saya.

“Tetapi mereka masih berminat ambil tahu dan report. Cerita orang tengah memang selalunya lebih hot and spicy. Saya tak kisah pun. Reportlah apa saja seadanya di sini. Kepada mereka yang berkenaan, enjoy fishing and reporting!

“Yang penting, melalui susah senang Allah izinkan saya menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Disamping itu juga Farah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai dan kenalan serta keluarganya yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dan doa.
Powered by Blogger.