F EXO Diiktiraf Miliki Nilai Jenama Tertinggi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

EXO Diiktiraf Miliki Nilai Jenama Tertinggi

Kumpulan terhangat EXO menduduki senarai teratas sebagai kumpulan yang memiliki nilai jenama (brand value) tertinggi pada Oktober 2016.

Ia diikuti oelh kumpulan BTS dan kumpulan otai, Sechskies.

Memetik laporan Allkpop, Institut Reputasi Koporat Korea (Korea Institute of Corporate Reputation) telah mengumpulkan sebanyak 34.448.807 data. Data tersebut dikumpulkan dan diteliti selama satu bulan, mulai dari 7 September hingga 8 Oktober 2016.

Data tersebut menunjukan bahwa EXO unggul dengan keseluruhannya mencatatkan 6.219.334 jumlah data.

EXO merupakan kumpulan yang bernaung dibawah sayrikat dan agensi hiburan berpengaruh, SM Entertainment. Ditubuhkan dan mula aktif sejak tahun 2011, kumpulan ini dianggotai oleh sembilan anak muda berbakat iaitu Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Kai dan Sehun.


Sementara kumpulan BTS berjaya memperoleh sebanyak 5.419.370 data manakala Sechskies sebanyak 4.458.487 data.


Selain ketiga-tiga kumpulan tersebut, kedudukan keempat diikuti oleh Infinite dan Seventeen disenarai kelima.

Antara kumpulan nama-nama besar lain seperti SHINee, BTOB, VIXX, Big Bang, 2PM menduduki tangga keenam hingga kesepuluh.

Di luar senarai Top 10 pula terdiri daripada kumpulan Block B, B2ST, B1A4, Monsta X, Winner, Super Junior, B.A.P, Shinhwa, TVXQ, 2AM, Teen Top, F.T. Island, Ze:a dan JYJ, sebagai grup dengan nilai jenama tertinggi.
Powered by Blogger.