F Elly Mazlein tuntut nafkah anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elly Mazlein tuntut nafkah anak

MAHKAMAH Syariah Sepang semalam memerintahkan pengarah drama yang juga bekas suami kepada penyanyi Elly Mazlein membayar nafkah bulanan berjumlah RM1,500 sebulan kepada anak perempuan mereka Putri Zara Sephia, yang kini berusia tujuh bulan.

Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membuat perintah itu selepas Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, selesai menjalani prosedur sulh (perbincangan dalam kamar) bersama Azmi Mohd Hata, 40, selaku defendan.

Che Abdullah juga membenarkan permohonan plaintif supaya bayaran nafkah bulanan itu dibuat setiap bulan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di Selangor dan disaksikan oleh pegawai syariah.

Selain nafkah bulanan, penanyi yang popular menerusi lagu Bungaku Bakawali itu turut memohon nafkah persiapan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun berjumlah RM1,500 untuk anak mereka.

Mahkamah memeribtahkan supaya nafkah bulanan itu berkuatkuasa dibayar bermula bulan ini di mana sekiranya gagal dilaksanakan, Azmi akan berdepan hukuman pemenjaraan kerana ingar perintah mahkamah.

Elly Mazlein yang diwakili peguam syarie Pa'izah Abdul Hamid memfailkan permohonan itu semalam mengikut Seksyen 73 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak penjagaan anak (Hadanah) diserahkan kepada Elly Mazlein manakala Azmi Hata diberikan hak lawatan sekali pada setiap minggu.

Pasangan itu berkahwin pada 9 November 2014 dan pada Mac lalu, Elly Mazlein selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Putri Sara Sephia.

Mereka bercerai pada Oktober tahun lalu ketika usia kandungan penyanyi tiga bulan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah Elly Mazlein, berkata apa yang beliau lakukan adalah untuk mendapatkan hak anaknya.
Powered by Blogger.