F Elly Mazlein Dapat Nafkah Anak RM1500 Sebulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elly Mazlein Dapat Nafkah Anak RM1500 Sebulan

Mahkamah Rendah Syariah semalam memerintahkan pengarah drama, Azmi Mohd. Hata yang juga bekas suami kepada penyanyi Elly Mazlein membayar nafkah berjumlah RM1,500 setiap bulan untuk anak perempuannya hasil perkahwinan mereka sebelum ini.

Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan mengeluarkan perintah itu selepas Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanapi, 36, selaku plaintif selesai menjalani prosedur Sulh (perbincangan dalam kamar) dengan defendan, Azmi, 41.

Laporan Kosmo! menyebut, mahkamah memerintahkan Azmi membayar nafkah RM1,500 setiap bulan kepada anak perempuannya, Putri Zara Sefhia kini berusia tujuh bulan secara terus di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di Selangor termasuk Sepang, Shah Alam, Ampang dan Hulu Langat berkuat kuasa semalam.

Selain itu, Che Abdullah berkata, defendan turut diarahkan membayar nafkah persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada anak perempuannya yang mesra dengan panggilan ‘Sefhia’ berjumlah RM1,500 setiap tahun.

"Sekiranya gagal (membayar nafkah seperti diperintahkan), defendan akan berdepan dengan pengkomitan (ingkar perintah) terhadap mahkamah,” katanya.

Elly Mazlein yang diwakili peguam syarie, Pa'izah Abdul Hamid memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 73 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 manakala Azmi tidak diwakili peguam.
Powered by Blogger.