F Duterte akan haramkan rokok pula | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Duterte akan haramkan rokok pula

Selepas mengisytiharkan perang terhadap kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah, Presiden Rodrigo Duterte berhasrat untuk mengharamkan rokok.

Menurut laporan 9News, pengharam awal sudah mula dijalankan di Davao.

Duterte sebelum ini bertugas sebagai Datuk Bandar di Davao sebelum dilantik presiden.

"Tidak akan ada sebarang aktiviti merokok di tempat awam lagi, tidak kira di dalam atau luar bangunan," kata Menteri Kesihatan, Paulyn Ubial.

Kata Paulyn, pengharaman peringkat kebangsaan dijangka mengikut pengharaman yang telah dijalankan di Davao.

Menurut Paulyn, kerajaan juga sedang mencari cara untuk memastikan pengharaman ini dipatuh oleh peruncit.
Powered by Blogger.