F 'Dulu saya selalu main badminton dengan Siti Hasmah' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Dulu saya selalu main badminton dengan Siti Hasmah'

DUA wanita yang lembut perwatakan mereka. Itu yang dapat digambarkan apabila melihat raut wajah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan isteri bekas timbalannya,‎ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hari ini Sinar Harian berkesempatan mewawancara Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan dan nama Siti Hasmah diajukan kepadanya sementelah kedua-duanya saling mengenali sebelum ini 'terpisah' dek pendirian berbeza suami masing-masing.

‎Mengimbau nostalgia persahabatan mereka, Wan Azizah berkata, Siti Hasmah banyak memberi nasihat kepadanya ketika suami masing-masing masih dalam kerajaan.

Namun katanya, hubungan itu terputus selepas Anwar tidak lagi berada di dalam kabinet Mahathir.

"Terpisahlah...apabila Mahathir begitu, Anwar begini.

"Dulu Hasmah kata: 'tidak apa Azizah awak buatlah kerja awak dulu'.

"Dahulu saya kena bekerja sebagai doktor 10 tahun kerana mengikut perjanjian  biasiswa... beliau (Siti Hasmah) banyak membantu," kongsinya lagi.

Dalam pada itu katanya, mereka juga sering bermain badminton bersama.

"Kalau bermain dengan beliau (Siti Hasmah), saya penat sikitlah, sebab nak ke sana sini.

"Saya ni agak gementar sikit ketika bermain," katanya dalam nada berseloroh.

Sementara menyentuh mengenai hubungan mereka kini, Wan Azizah berkata, hubungan itu kembali terjalin dan ia masih seperti dahulu.

"Sekarang Alhamdulillah, tiada apa-apa yang menghalang sekiranya saya hendak berjumpa dengannya," katanya.
Powered by Blogger.