F Dulu Dikata Lesbian Sekarang Pengkid | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dulu Dikata Lesbian Sekarang Pengkid

Pelakon Ardell Aryana tidak ambil pusing mengenai pandangan negatif sesetengah pihak yang melemparkan dakwaan dirinya seorang pengkid gara-gara imejnya yang berambut pendek menyerupai lelaki.

Memetik laporan Kosmo!, pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini berkata, dia tidak mempuyai masalah sekiranya ada pihak sengaja menimbulkan isu tentang penampilan baharunya ini kerana dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memotong rambut pendek.

"Sewaktu saya berambut panjang, orang tuduh saya lesbian. Sekarang sudah rambut pendek, orang cakap saya pengkid pula.

"Jadi adalah lebih baik saya buat tidak tahu sahaja dengan pandangan negatif yang dilemparkan terhadap saya. Selagi tahu apa yang saya buat dan keluarga juga tiada halangan, bagi saya tiada masalah ada menjadi satu isu tentang penampilan baharu ini.

"Saya bukan suka-suka hendak memotong rambut tetapi ini sebagai memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan saya berambut pendek. Alang-alang potong, saya pendekkan terus kerana rambut panjang saya sudah rosak kerana asyik diwarnakan jadi saya ambil peluang ini untuk menyimpan rambut baharu," katanya.

Dalam pada itu Ardell berkata, gaya rambut pendek membuka ruang baginya mencuba lebih variasi watak kerana sebelum ini yang hanya tertumpu kepada penggoda atau perempuan jahat yang seksi kerana berambut panjang.

"Sebenarnya gaya rambut pendek membuka ruang bagi saya mencuba lebih variasi watak kerana sebelum ini, watak saya tertumpu kepada penggoda atau perempuan jahat yang seksi kerana rambut saya yang panjang.

Sekarang, pengarah sudah mula nampak bakat lakonan saya yang bukan hanya untuk karakter gedik sahaja. Lagipun personaliti saya memang sedikit kasar dan tidak suka memakai alat solek jika di luar set penggambaran,"tuturnya

Perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi filem terbaharu Surf This Love yang bakal ditayangkan awal tahun hadapan.
Powered by Blogger.