F Dua dekad bersama Spider | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dua dekad bersama Spider

DUA dekad berjuang dalam industri muzik dengan mengekalkan identiti mereka sendiri membuktikan Spider bukanlah calang-calang kumpulan muzik. Malah kejayaan Kumpulan Spider bertahan sehingga kini diakui kerana mereka tidak pernah terikut-ikut dengan muzik semasa.

Pada persembahan berskala besar menerusi Konsert Lentera Muzika Spider yang berlangsung di Angkasapuri, baru-baru ini, kemunculan Spider dianggotai Tam, Nafie, Aie dan Iss membuatkan penonton terpegun melihat mereka beraksi pada konsert itu yang berlangsung selama sejam setengah.

Pada konsert diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM itu, Spider menyanyikan lagu sepanjang 20 tahun penglibatan dalam muzik bermula album pertama hingga terbaharu.

Ia termasuk lagu popular Nazra Ku, Lauk ku Cukup Masin, Buat Sang Puteri, Aladin, Tapi Bagimana, Kekal, Cinta Dewa Dewi, Rela Ku Pujuk dan Kasih Latifah.

Istimewanya penonton turut dihiburkan dengan lagu Dah Ku Faham, Hidupku dan Waduh Tijah yang dipetik daripada album terbaharu mereka bertajuk Ankabut.

Spider turut menampilkan penyanyi Farahdhiya, sebagai artis jemputan dan Tam turut berduet menyampaikan lagu Dunia Batinku diikuti lagu popular Bertakhta Di Hati yang pernah memperkenalkan penyanyi Farahdhiya dalam dunia hiburan ciptaan Tam.

Tambah menarik, selain nyanyian, turut diselitkan tayangan klip yang mengimbas penglibatan mereka dalam industri hingga kini.
Powered by Blogger.