F Dipulaukan Rakan Selepas Putus Dengan Sherry | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dipulaukan Rakan Selepas Putus Dengan Sherry

Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa dirinya dipulaukan oleh sesetengah rakan artis yang juga merupakan rakan baik Sherry sejak hubungan cintanya dengan aktres dan penyanyi itu berakhir kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, bagi Fattah beliau menganggap perkara itu hak masing-masing serta enggan terlalu mengambil pusing tanda protes yang dipamerkan oleh mereka.

"Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, tetapi saya tak ada hak untuk memaksa mereka. Kalau mereka tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap.

"Lagipun, saya ada kawan-kawan lain. Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi,’ jelasnya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Fattah berkata, sejak berpisah, dia tidak pernah lagi terserempak dengan Sherry di sebarang acara hiburan, begitu juga dengan rakan-rakan lain.

Mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya pada ketika ini, malah pelakon yang sedang hangat dengan drama Suri Hati Mr. Pilot menegaskan bahawa dirinya mahu bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi.
Powered by Blogger.