F Dilarang Tulis Lirik Seks Punca Zayn Tinggalkan 1D | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dilarang Tulis Lirik Seks Punca Zayn Tinggalkan 1D

Baru-baru ini, bekas anggota One Direction (1D) yang kini memacu karier solonya, Zayn Malik, mendedahkan alasan yang menyebabkan dia membuat keputusan meninggalkan kumpulan yang telah mempopularkan namanya itu.

Dalam autobiografinya yang bertajuk 'Zayn', pelantun dan penulis lagu Pillowtalk ini pun memberitahu, salah satu alasan utama adalah kerana dia tidak dibenarkan untuk menulis lirik mengenai seks seperti mana yang ditulisnya pada lagu 'Pillowtalk'.

"Semua lirik yang pernah saya tulis mempunyai cerita di sebaliknya. Semua kerja keras saya membuat lirik dalam lagu Pillowtalk sangat berharga, kerana saya menghasilkannya, intuisi saya mengatakan bahwa saya berada di jalur yang tepat," katanya seperti yang laporkan Aceshowbiz.

Tambah penyanyi berdarah campuran Irish-Pakistan berusia 23 tahun ini mengungkapkan bahwa lirik dan muzik yang di tulis telah banyak berubah sejak dia keluar dari One Direction.

Menurutnya, dia kini lebih bebas mengeksplorasi apa yang dia mahukan dan apa yang disukai.

"Saya akan membuktikan kebolehan diri saya sebanyak yang saya mampu, sehingga saya berharap anda dapat menilai saya dari apa yang anda tahu tentang saya, bukan dari pemberitaan di media atau dari apa yang orang lain katakan." tuturnya.
Powered by Blogger.