F Diana Danielle Teruja Campur Berdebar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diana Danielle Teruja Campur Berdebar

Impian aktres cantik Diana Danielle, 24, mahu bergelar penyanyi akan tercapai kerana single pertamanya berjudul Tentang Kita akan diperdengarkan tidak lama lagi.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dalam pada teruja untuk memperdengarkan lagu ciptaan DJ Fuzz itu, dia juga berdebar menanti reaksi peminat.

"InsyaAllah dalam bulan ini saya akan lancarkan single pertama saya berjudul Tentang Kita. Saya teruja kerana memang sejak dari dulu lagi saya bercita-cita mahu menjadi penyanyi dan mahu membuat persembahan pentas.

"Single tersebut merupakan ciptaan DJ Fuzz. Ia menyelitkan elemen muzik Reggae tetapi jika mendengar saya menyanyikannya, sebenarnya tidak lah bunyinya terlalu ke arah genre itu.

"Saya akan jalani penggambaran muzik video dalam masa terdekat ini. Selepas siap muzik video nanti, baru ianya dilancarkan.

"Selain itu ada satu lagi single berentak balada berjudul Luar Biasa," katanya yang sebelum ini pernah mempamerkan bakat nyanyiannya menerusi filem Kami Histeria.

Berkongsi perkembangan lain, Diana bakal sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Raisya, yang bakal ditayangkan menerusi slot Lestari di saluran TV3. Selain, dia dan suaminya pelakon Farid Kamil akan ke Australia selama beberapa hari bagi menjalani penggambaran program Romantika.

Sementara bercerita mengenai filem lakonannya Hanyut, Diana berkata dia gembira dan berasa lega akhirnya filem yang dinantikan sekian lama akan ditayangkan dipawagam pada 24 November depan.


Akuinya, pernah sampai satu ketika timbul rasa putus asa mengenangkan tayangan filem tersebut masih tertangguh sedangkan dia acapkali ramai pihak bertanyakan keoadanya mengenai perkembangan naskah arahan U-Wei Hj. Saari itu.

"Gembira dan rasa lega, akhirnya Hanyut ditayangkan di sini. Lama kami semua, pengarah dan barisan pelakon menunggu. Tetapi apabila saya dimaklumkan oleh U-Wei berita gembira ini, rasa macam tidak percaya pula.

"Iyalah, selama ini ramai asyik bertanya, bila Hanyut nak keluar, dah hanyut ker? Pernah juga rasa putus asa," katanya.

Farid Puji

Mengimbas semula pengalaman ketika menjalani penggambaran sekitar tahun 2010, tiada kata lain dapat diungkap selain rasa beruntung dapat menjadi sebahagian daripada karya epik yang diadaptasi dari novel berjudul Almayer's Folley nukilan Joseph Conrad itu.

Berpeluang bekerja dibawah arahan U-Wei disifatkannya umpama mimpi jadi kenyataan. Selain, dia juga berkesempatan menimba ilmu bersama aktres jelita Sofea. Kata Diana, dia sangat mengagumi cara kerja bintang ternama itu yang sangat komited dan profesional.

"Selama dua bulan menjalani latihan, tidak dinafi tempoh itu memang sukar. Namun bagi saya cabaran sebenarnya ialah apabila masuk ke set dan memastikan lakonan saya setaraf dengan lakonan semua orang.

"Kak Sofea Jane, sangat cantik dan saya rasa berbesar hati dapat berlakon dengan beliau. Beliau sangat profesional dan tidak lokek ilmu. Ada satu babak di mana saya tidak berjaya melontarkan dialog saya seperti yang dikehendaki pengarah. Banyak kali saya cuba dan akhirnya dengan tunjuk ajar Kak Sofea, saya dapat lakukan.

"Antara pengalaman lain, ada babak yang menuntut saya mendayung dalam keadaan air sungai yang deras. Itu antara babak yang sukar tapi pengalaman yang menyeronokkan," tuturnya.

Dalam pada itu, akui Diana selepas penggambaran filem tersebut, banyak pihak yang semakin mempercayai bakat lakonannya dan dia mula didatangi tawaran memengang peranan utama dalam drama mahupun filem.

"Berpeluang bekerja dibawah arahan U-Wei, secara peribadi ia satu pencapaiaan dalam karier saya. Tapi saya masih realistik, masih ada banyak lagi yang perlu saya pelajari dan pertingkatkan mutu lakonan saya.

"Namun saya bersyukur kerana selepas penggambaran Hanyut, banyak produser dan pengarah semakin percaya bakat saya dan mereka tawarkan peranan yang lebih penting berbanding dulu saya sekadar watak sampingan,"ujarnya.

Tidak sabar menantikan malam gala tayangan Hanyut, Diana berkata dia merancang untuk membawa anak-anaknya, Muhammad dan Aurora menonton pada hari tersebut nanti.

"Farid sudah tonton filem ini ketika tayangan di Indonesia dua tahun lalu. Dia kata kepada saya, selama ini dia tidak berapa suka dengan lakonan saya tetapi selepas menonton Hanyut, dia bangga dengan saya," beritahu Diana.
Powered by Blogger.