F Demi Lovato Umum Berehat Daripada Dunia Muzik, Glamor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Demi Lovato Umum Berehat Daripada Dunia Muzik, Glamor

Penyanyi Demi Lovato membuat kenyataan yang mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan beliau akan 'berehat' daripada industri muzik.

Menerusi laman sosial Twitter, pelantun lagu Skyscraper ini meluahkan bahwa dia sangat teruja menantikan kedatangan tahun 2017 namun dia membuat keputusan untuk berehat dari dunia muzik dan glamor.

Sementara itu, baru-baru ini dalam satu temubual bersama Glamour Magazine, Demi Lovato didakwa menyerang Taylor Swift dengan komen berbaur sindiran.

"Jangan melabelkan dirimu sebagai seorang feminis jika kamu tidak melakukannya.

"Kalau boleh jujur, aku tidak melihat siapapun yang memiliki tubuh normal. Ini contoh imej yang salah bagaimana seseorang harus berpenampilan," ujar Demi.

Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi terutama dikalangan peminat Taylor Swift yang rata-rata meluahkan rasa marah dan kurang senang.

"Saya tidak faham mengapa orang mengambil berat tentang apa yang saya katakan dalam temu bual.

"Saya ditanyakan soalan. Saya menjawab soalan mereka. Saman lah saya," tulis Demi di Twitter.
Powered by Blogger.