F De Fam bukti kemampuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

De Fam bukti kemampuan

BIARPUN boleh di kira masih setahun jagung di dalam industri nyanyian, namun kumpulan De Fam sudah membuktikan kehadiran mereka bukan sekadar picisan di dalam industri.

De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz Ramlan, 25, Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 26, dan Nurshazwani Shamsuddin (Manggis), 27 telah tercalon di dalam dua kategori Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) menerusi Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.

Mengakui terkejut dengan pencalonan ini, De Fam berharap, ia menjadi bukti bahawa mereka bukan sekadar mencuba untuk menjadi penyanyi.

"Tak sangka walaupun kami baru setahun setengah di dalam industri dan baharu ada dua lagu, tapi kami telah tercalon dalam anugerah yang berprestij ini.

"Bagi kami sudah tercalon pun kami sudah berasa bangga kerana yang tercalon sama di dalam dua kategori itu juga hebat belaka.

"Jadi kalau menang kami anggap ia sebagai satu bonus," ujar Manggis.

Berkongsi perkembangan terkini mereka, Manggis berkata, mereka kini sedang sibuk menyiapkan album yang mengandungi lima buah lagu.

"Dua lagu sudah hampir selesai dan yang lain masih dalam proses. Pada awalnya kami mahu keluarkan tahun ini, tapi kami berubah perancangan dan mahu lancarkan tahun hadapan.

"Jadi buat sementara waktu ini, kami akan tampil dengan sebuah single baharu sebelum penghujung tahun ini," jelasnya.
Powered by Blogger.