F Datuk Siti, Suami Sedia Dedah Kehidupan Pada Umum | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Datuk Siti, Suami Sedia Dedah Kehidupan Pada Umum

Selepas 21 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, buat julung-julung kalinya, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bakal muncul dalam program realiti yang diberi nama CTDK-ation pada Januari tahun depan.

Kosmo! melaporkan Pengumuman itu dibuat Siti, 37, dan suaminya yang popular dengan panggilan Datuk K, 57, ketika pasangan itu muncul secara langsung dalam program A.M. Live! di Astro Ria pada pukul 9 pagi semalam.

“Saya bersedia untuk berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan kami bersama peminat. Kami tidak bimbang tentang kritikan kerana sudah lali dengannya,” luah Datuk K ketika ditemui di program tersebut semalam.

Menariknya, program realiti tersebut akan dirakam ketika Siti buat pertama kalinya bercuti bersama keluarga besar Datuk K di beberapa buah negara seperti Portugal, Sepanyol, Dubai, Emiriah Arab Bersatu selama 21 hari bermula 2 November depan.

Seramai 29 orang ahli keluarga Datuk K akan menyertai percutian serta rakaman program realiti tersebut.
Powered by Blogger.