F Datang Naik Bas, Song Ji Hyo Curi Tumpuan di Bukit Bintang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Datang Naik Bas, Song Ji Hyo Curi Tumpuan di Bukit Bintang

Ribuan peminat menyerbu ruang legar Fahrenheit88 di Bukit Bintang pagi ini semata mata mahu bertemu dengan bintang terkenal yang juga merupakan hos program realiti terhangat Korea Running Man, Song Ji Hyo.

Sejak seawal jam 6.30 pagi lagi, peminat sudah bersesak di hadapan pusat membeli belah ini menantikan kemunculan Ji Hyo sempena perasmian pembukaan Shoppen iaitu sebuah jenama kasut fesyen terbesar Korea Selatan.

Kira-kira jam 10.30 pagi, suasana gamat dengan jeritan peminat sebaik saja melihat bintang kesayangan mereka ini tiba dengan menaiki sebuah bas Hop On Hop Off yang berhenti di hadapan pusat membeli belah tersebut.

"Saya minta maaf kerana membuat anda semua menunggu lama," katanya sebaik tiba di pentas utama.



"Saya gembira dapat kembali semula ke sini dan terharu akan sokongan dan sambutan peminat setiap kali saya ke sini. Terima kasih semua!!!, "tuturnya sambil tersenyum

Sempat berkongsi sedikit perkembangan terbaharu, Ji Hyo berkata dia teruja menantikan drama terbaharu lakonan berjudul, This Week My Wife is Cheating yang akan ditayangkan pada November depan.

"Saya tidak sabar menantikan drama terbaharu saya. Pastikan anda juga jangan lupa menontonnya pada November depan,"pesannya bersungguh-sungguh.

Turut hadir di acara pembukaan tersebut ialah selebriti popular tanah air antaranya, aktres Diana Danielle dan pelakon filem Ola Bola, JC Chee.



Ini merupakan penampilan kali pertama Ji Hyo secara solo selepas pernah berkunjung bersama lima lagi hos Running Man yang lain iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin Kim Jong-kook (Turbo) Lee Kwang Soo sempena Running Man Race Start Season 2 in Malaysia sekitar dua tahun lalu. Sayangnya, seorang lagi hos iaitu Gary tidak dapat hadir pada ketika itu.

Ji Hyo atau nama sebenarnya Cheon Seong Im, 35, mula meraih populariti menerusi lakonannya dalam drama bersiri Princess Hours/Goong (2006). Antara drama lain yang pernah dibintangi seperti A Frozen Flower (2008), Emergency Couple (2014) dan Kim Ex-Girlfriend Club (2015).

Selain berlakon dan mengacara, anak kelahiran Pohang, Utara Gyeongsang ini turut dikenali sebagai model komersial dan produk kosmetik dan jenama fesyen. Dia juga pernah muncul dalam beberapa muzik video antaranya lagu Heaven (kumpulan JYJ) dan Lonely Night (Gary feat. Gaeko).

Bakat dang hasil lakonan Ji Hyo menerusi drama dan filem turut mendapat pelbagai perhargaan dan anugerah seperti anugerah Best Actress of The Year (drama Emergency Couple) dan yang terbaharu, dia meraih trofi Best Transboundary Female Artist anugerah Sina Weibo Night Awards 2016.

Merupakan satu-satunya wanita dalam Running Man, Ji Hyo sinonim dengan sikapnya sebagai seorang yang sangat sukakan cabaran. Malahan kecantikannya masih terserlah walaupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Bersama teman sepasukan, Gary, pasangan ini cukup popular dengan jolokan 'Monday Couple'. Malah di luar penggambaran Running Man, Ji Hyo dan Gary dikatakan memang benar menjalin hubungan istimewa.
Powered by Blogger.