F Dah Penat Jadi Baik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dah Penat Jadi Baik

Pelakon Johan As'ari, 30, mengakui semakin penat apabila sering diberikan watak baik atau pun seorang ustaz menerusi drama lakonannya sepanjang lima tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Johan bagaimanapun berkata peminat menyukai apabila dia membawakan peranan baik dalam drama atau filem lakonannya membuatkan dia tidak bersikap memilih.

Tambahan dia sebelum ini tidak menolak tawaran diberikan kepadanya kerana menyedari perlu mengikut rentak industri selain melihat faktor persaingan dikalangan pelakon lelaki sedia ada.

Namun kini Johan merasakan sudah tiba masanya untuk dia lebih selektif terhadap projek lakonannya kerana sering diberikan peranan hampir sama. Johan berkata, dia sudah bersedia untuk kembali membawakan peranan antagonis kerana baginya ia mencabar kebolehannya sebagai pelakon.

"Selepas drama bersiri Juvana saya tidak lagi menerima sebarang tawaran untuk memegang watak antagonis kerana sering diberikan watak baik, romantik atau pun seorang ustaz.

"Juvana pun sudah lima tahun berakhir dan harus diakui saya semakin penat apabila sering memegang watak hampir sama.

"Saya sudah bersedia untuk fokus kepada watak antagonis pula tetapi biarlah ia berbeza daripada Juvana," katanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan menantikan tayangan tiga filem lakonannya iaitu Bopeng, Tujuh dan Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Powered by Blogger.