F CL jelajah AS, Kanada | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

CL jelajah AS, Kanada

Seorang anggota kumpulan 2NE1, CL mencatat kejayaan peribadi apabila namanya berjaya berada dalam senarai carta muzik Billboard Hot 100, minggu lalu.

CL atau Lee Chae-lin berada di tempat ke-94 pada carta muzik itu untuk single debut Amerika Syarikat (AS), Lifted yang dilancarkan 19 Ogos lalu.


Bagaimanapun, ini bukan kali pertama CL yang memulakan kerjaya solo pada 2013 berada dalam carta Billboard sebagai artis solo kerana pernah menduduki tempat ke-17 carta Billboard Social 50 sebelum ini.

Dia juga baru saja membuat persembahan lagu sama pada rancangan bual bicara The Late Show with James Corden pada September lalu.


Ini membuktikan ketua kumpulan 2NE1 itu memulakan promosi awal album terbaru, Hello Bitches untuk pasaran AS seperti dirancang.

Menurut agensi media tempatan, CL akan memulakan persembahan pertama di Hammerstein Ballroom, New York penghujung Oktober ini. Penyanyi berusia 25 tahun itu akan menjelajah sebahagian besar AS dan Kanada.

Selepas New York, dia akan ke Seattle, Vancouver, San Francisco, Los Angeles, Dallas, Atlanta, Chicago dan berakhir pada 14 November di Sound Academy Toronto, Kanada.

Menurut sumber, Hello Bitches sepatutnya menjadi lagu pengenalan untuk album AS pertamanya. CL juga melancarkan single rasmi Lifted yang dihasilkan bersama Teddy dan Asher Roth, komposer dan penyanyi rap popular AS.

Video muzik Lifted dihasilkan pengarah AS popular, Dave Meyers yang pernah menang Video Muzik Terbaik di Anugerah Grammy 2006. Video muzik itu mencatat hampir 17 juta tontonan setakat ini.

Dalam kelancaran kerjaya antarabangsa, timbul spekulasi ia juga penyebab proses ‘reunion’ 2NE1 akan mengambil masa lebih lama selepas ini.

Malah wakil CL juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada alasan serta punca ‘reunion’ lambat itu, benar atau sebaliknya.

Jika CL sibuk di AS, Sandara Park atau mesra sebagai Dara pula sibuk dengan program realiti televisyen Pinoy Boyband Superstar di Filipina.

Malah dia juga sering terbang ke Milan, Itali bagi menjayakan sesi fotografi fesyen dan terbaru untuk isu November bagi majalah Cosmopolitan Korea.

Dara juga muncul di Minggu Fashion Milan dan duduk bersama nama besar lain seperi Serena Williams dan Ellie Goulding di acara fesyen koleksi musim bunga Fendi 2017.

Ia jauh berbeza dengan perkembangan seorang lagi ahli 2NE1, Park Boom. Walaupun sering aktif di laman sosial, penyanyi berusia 32 tahun itu agak samar di segi kerjaya seni pilihan.

Selepas terbabit dengan skandal dadah pada 2014, peminat 2NE1 tidak menunjukkan minat atau teruja terhadap Park Bom lagi.

Minzy pula baru saja dalam persiapan untuk muncul dengan debut solo di bawah label baru, Music Works, sebelum penghujung tahun ini.

2NE1 ditubuhkan YG Entertainmnet pada 2009, muncul dengan lagu pertama, Fire pada Mei 2009. Dalam masa 24 jam video muzik lagu itu dilancarkan, ia berjaya mencatat lebih sejuta tontonan.
Powered by Blogger.