F Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus Putus Cinta! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus Putus Cinta!


Sebelum ini memang sudah ada ura-ura mengatakan hubungan antara pelakon Raja Afiq dan Anis Al-Idrus sudah putus. Entah betul ataupun tidak.

Ini kerana netizen perasan bahawa pasangan itu masing-masing sudah mula tidak berkongsi gambar kemesraan mereka bersama di media sosial.

Walau bagaimanapun, Raja Afiq ketika dihubungi Kakigosip dia memberitahu bahawa mereka masih lagi bercinta, cuma sejaka akhir-akhir lalu mereka sibuk dengan jadual kerja.


Begitu juga dengan Anis memberitahu jawapan yang sama sebelum ini.

Namun, terbaru menerusi laman hiburan berlainan, tidak mahu membiarkan orang ramai berteka-teki tentang hubungan mereka, Raja Afiq akhirnya akui hubungan mereka sudah putus dan menganggap tiada jodoh antara mereka berdua.

Nak buat macam mana andai sudah tidak ada jodoh. Mungkin jodoh sebagai teman biasa sahaja lebih baik tak? Apapun masing-masing masih muda, jadi fokus saja pada kerjaya.
Powered by Blogger.