F Celine Dion Akui Terasa Seperti Suami Masih Hidup | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Celine Dion Akui Terasa Seperti Suami Masih Hidup

Hampir sembilan bulan berlalu sejak Celine Dion ditinggal Rene Angelil yang pergi untuk selamanya. Namun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu My Heart Will Go On ini tidak pernah merasa jauh daripada mendiang suaminya.

Baru-baru ini, Celine kembali mengenang Rene ketika tampil di hadapan para peminatnya di Caesars Palace, Las Vegas.

Menurut penghibur berusia 48 tahun ini berkata, beliau sentiasa merasakan suaminya selalu menemani di sisinya hingga kini.

"Suamiku tercinta ada di sini bersama kita semua, aku yakin," ujar Celine seperti yang dilaporkan Mirror.

Selain itu, Celine juga berkongsi mengenai perkembangan keadaan anak-anaknya yang sudah mulai menerima kepergian mendiang ayahnya. Sejak akhir-akhir ini mereka sekeluarga sering pergi bercuti di Kanada untuk melepas penat selepas sibuk dengan jadual konsert Celine.

"Rasanya sangat luar biasa kerana kami sangat menyukai apa yang kami lakukan. Kami meluangkan masa dan bertemu dengan keluarga kami. Anak-anak senang bermain dengan sepupu-sepupunya," tutur Celine.

Rene Angelil yang juga merangkap pengurus Celine meninggal dunia di usia 73 tahun selepas bertahun-tahun berlawan dengan penyakit kanser.
Powered by Blogger.