F Bon Jovi: “Isteri jadi, penyelamat saya” | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bon Jovi: “Isteri jadi, penyelamat saya”

BUKAN mudah untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya, bagi Jon Bon Jovi, 54 tahun yang juga ketua kumpulan rock terkenal Bon Jovi mengakui bahawa sepanjang tiga tahun lepas merupakan waktu terburuk sepanjang hidup beliau.

Mujur isterinya, Dorothea Hurley ada untuk membantu beliau. Dia berada di sisi penyanyi itu di saat Jon sedang berdepan dengan penyalahgunaan alkohol dan dadah serta pemergian gitaris band itu, Richie Sambora.

Menurutnya, akibat terikut-ikut dengan emosi, lagenda rock itu berada di dalam zaman ‘kegelapan’.

“Dunia saya bagaikan gelap seketika dan saya juga melalui satu tempoh yang sukar serta terasa bagaikan beban di bahu saya bertambah

“Namun,kehadiran Dorothea sangat membantu saya. Di saat masa yang sukar untuk saya pulih, dia bagaikan tembok tempat saya berpaut. Tanpa dirinya, tidak mungkin saya dapat harungi dugaan ini,” katanya kepada mirror.co.uk.

Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama beliau menghadapi saat sebegini. Ketika album ketiga band itu dipasarkan, Jon juga turut mengalami kemurungan akibat kepenatan dari konsert jelajah kumpulan itu.

Malah, penyanyi tersebut juga pernah berfikir untuk terjun dari keretanya yang sedang bergerak ketika dalam perjalanan berjumpa dengan pakar psikiatri.

Tambah beliau lagi, keputusan yang paling tepat dia pernah lakukan adalah mengahwini isterinya, 27 tahun yang lalu.

“Buat pertama kali dalam hidup saya melakukan satu perkara yang betul iaitu dengan berkahwin dengannya. Bukan sahaja dia seorang yang bijak malah, dia juga seorang yang setia.

“Perkara paling penting adalah percaya antara satu sama lain.  Apabila anda percaya dengan pasangan anda, perkara lain tidak menjadi satu masalah,” katanya lagi.
Powered by Blogger.