F Ben Stiller Bertarung Dengan Kanser Prostat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ben Stiller Bertarung Dengan Kanser Prostat

Nama Ben Stiller bukan asing dalam industri perfileman Hollywood. Malah figura berusia 50 tahun ini tidak pernah gagal menghibur penonton menerusi filem-filem yang dibintanginya.

Namun di sebalik itu, aktor dan pelawak veteran ini ternyata menyimpan satu rahsia mengenai dirinya yang sebenarnya menghidap kanser.

Dalam sebuah wawancara baru-baru ini, bintang filem Zoolander ini mengaku disahkan menghidap kanser prostat dua tahun lalu. Disebabkan virus yang menyerang terlalu agresif, Ben perlu segera menjalani pembedahan untuk membuang kansernya.

"Pada awalnya saya tidak tahu apa yang akan terjadi. Saya sangat takut. Tetapi setelah saya tahu lebih banyak penyakit yang saya hidapi, saya mula membiasakan diri, menerima kenyataan bahkan merasakan diri saya sangat beruntung.

"Beruntung kerana penyakit saya dikesan lebih awal dan ia masih di peringkat boleh dirawat," kata pelakon filem Night At The Museum 2 ini seperti yang dilaporkan Ace Showbiz.

Setelah menjalani rawatan, Ben kini disahkan bebas dari kanser.

"Saya disahkan mengidap kanser prostat pada 13 Juni 2014. Pada 17 September tahun itu, saya melakukan ujian dan disahkan bebas kanser.

Dalam tempoh tiga bulan itu rasanya sangat mendebarkan. Tapi sebenarnya apa yang kita hadapi membuatkan kita lebih menghargai kehidupan. Setiap enam bulan sekali saya akan kembali melakukan ujian untuk memastikan diri saya benar-benar bebas kanser," tuturnya.
Powered by Blogger.