F Bekas Suami Elly Mazlein Mohon Netizen Henti Provok Faye Kusairi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas Suami Elly Mazlein Mohon Netizen Henti Provok Faye Kusairi

Bekas suami pelakon Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta meminta agar orang ramai terutama netizen tidak terus melakukan provokasi kepada pelakon Faye Kusairi dan keluarganya.

Memetik laporan mStar online, pengarah drama itu berkata perkara yang terjadi kini telah menjatuhkan maruah dia, Faye serta keluarga kedua-dua belah pihak yang berhadapan dengan persepsi negatif masyarakat.

"Provokasi yang dilakukan oleh Elly sejak akhir-akhir ini membuatkan pengikutnya rancak mencemuh saya dan Faye tanpa tahu hal sebenar.

"Nama baik Faye dan keluarganya telah tercemar dengan pelbagai fitnah sehingga dia tertekan dan sering menangis," ujarnya.

Mendedahkan bagaimana perkenalan antara dia dan wanita itu bermula, Azmi berkata dia mengenali Faye sebelum berkahwin dengan Elly Mazlein iaitu ketika mengarah drama berjudul Istiharah Cinta sekitar November 2014.

Bagaimanapun dia tidak pernah terlintas untuk berkawan rapat dengan pelakon wanita itu sebaliknya fokusnya hanya untuk mencari duit bagi menampung majlis perkahwinannya dengan Elly.

Tambahan ketika Faye juga berkawan rapat dengan pelakon lelaki dalam drama berkenaan iaitu Syazwan Zulkifly.

Azmi dan Elly berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.

Azmi menerusi akuan bersumpahnya turut mengakui selepas bercerai dia sering melakukan solat istikharah agar mendapat seorang isteri yang baik sebagai pengganti yang boleh menjaga dia dan anak-anak.

Katanya, Allah menunaikan hajat tersebut dengan menampakkan wajah Faye biarpun sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu.

"Selepas bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu saya mempunyai hajat untuk beristeri dan zuriat.

"Allah telah memperkenankan hajat saya. Saya dikurniakan ilham dan menampakkan wajah Faye Kusairi. Demi Allah selama empat hari berturut-turut saya dikurniakan bayangan yang sama.

"Saya berasa hairan pada awalnya kerana saya dan Faye sendiri tidak pernah bertegur sapa sekian lama," ujarnya.

Bagaimanapun, Azmi berkata, dia tidak melayan perasaan itu sehinggalah dia kemudian ditawarkan mengarah sebuah drama yang turut dibintangi wanita itu.
Mr Maid ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama lain.

Tambah Azmi, wanita itu pada awalnya turut menolak hasratnya untuk berkawan rapat berikutan bimbang dengan status hubungan dia dan Elly Mazlein.

Katanya, dia juga terpaksa menunjukkan sijil perakuan cerai sebelum bersetuju untuk berkawan rapat dengannya.
Powered by Blogger.