F Bekas Gitaris Kristal Maut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas Gitaris Kristal Maut

Bekas pemain gitar kumpulan Kristal terbunuh selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres, semalam.

Memetik laporan Kosmo!, dalam kejadian pukul 10.55 pagi itu, Hairyfitri Ahmad, 33, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur manakala pemandu kereta, Siow Puai San, 26, yang merupakan guru tuisyen di Cheras pula tidak mengalami sebarang kece­deraan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superin­tendan Othman Basri berkata, nahas membabitkan motosikal jenis Yamaha LC135 dan kereta Perodua Viva itu berlaku berhampiran Kampung Sungai Rambai, Hulu Langat di Selangor.

Menurut beliau, Hairyfitri yang juga Pembantu Tadbir Giat Mara di ibu negara menyertai konvoi bersama enam lagi rakannya dan mereka sepatutnya berhenti di Jelebu untuk bersarapan.

“Siasatan awal mendapati, kereta Perodua Viva dari arah Kuala Klawang telah dirempuh di bahagian depan sebelah kanan oleh sebuah motosikal dari arah Genting Peres yang dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan di satu selekoh.

“Mangsa dipercayai tercampak ke atas jalan, tidak jauh dari motosikalnya. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang oleh beberapa rakan yang turut mengikuti konvoi bermotosikal itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun kata Othman, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa mendapatkan rawatan lanjut di wad kecemasan hospital tersebut.

Powered by Blogger.