F Bekas 'Bodyguard' Anggap Karma Rompakan Terhadap Kim Kardashian | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas 'Bodyguard' Anggap Karma Rompakan Terhadap Kim Kardashian

BEKAS pengawal peribadi kepada Kim Kardashian menyifatkan, rompakan yang berlaku terhadap artis itu di sebuah hotel pada Ahad lalu adalah sebagai hukuman atau karma kepada artis itu dan pasangannya Kanye West.

Steve Stanulis, 42, memberi reaksi demikian dalam satu temubual dengan sebuah radio Australia pada Rabu apabila ditanya adakah dia dapat menghalang Kim dan suaminya Kanye West dirompak jika masih bekerja dengan mereka.

"Saya tak pasti adakah saya boleh kalahkan lima orang penyerang yang membawa senapang ataupun kejadian itu adalah satu karma kepada pasangan itu,” katanya seperti dipetik Daily Mail Online.

Dalam satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen Britain Selasa lalu, Steve yang dipecat oleh Kanye pada Mei lalu mendakwa pasangan itu hilang rasa hormat terhadap pengawal peribadi yang bekerja dengan mereka.


Sebagai seorang selebriti yang mempunyai kedudukan tinggi, Steve mendakwa Kim dan Kanye tidak mengambil berat betapa pentingnya pihak keselamatan untuk menjaga mereka.

"Semasa saya bekerja dengan Kanye, dia pernah menaiki sebuah teksi dan tinggalkan saya dengan sebuah teksi lain di belakangnya.

"Ia bagi melahirkan rasa marah terhadap saya kononnya saya tidak buat kerja dengan baik,” katanya.

Tambah Steve lagi, ketika makan malam di sebuah restoran, dia dan pasangan itu akan duduk di meja berasingan namun dia tidak pernah dipelawa menikmati walaupun segelas air.

Dalam temu bual itu, Steve berpendapat bahawa rompakan itu seratus peratus adalah kerja orang dalam.

"Mereka pergi ke tempat eksklusif dengan laluan masuk yang juga eksklusif dan sudah tentu mereka tahu macam mana untuk bergerak seterusnya mendapatkan barang kemas,” katanya.

Pada Ahad lalu, Kim kehilangan barang kemas bernilai kira-kira AS$11 juta (RM45.2 juta) selepas dirompak sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai topeng.

Pihak berkuasa Perancis berkata, Kim Kardashian telah dirompak di sebuah hotel dengan penjenayah mengacukan senjata api ke arah­nya.
Powered by Blogger.