F Bayi Meninggal Dalam Kandungan: Nadiya Nisaa Reda Anak Syurga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bayi Meninggal Dalam Kandungan: Nadiya Nisaa Reda Anak Syurga


Hati ibu mana yang tidak sedih dan sayu apabila bayi di dalam kandungan yang telah berusia 37 minggu, disahkan telah meninggal dunia.  Paling menyayat hati adalah apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal, dan kemudian  dikebumikan.

"Dua detik inilah yang paling menyayat hati buat saya, suami dan keluarga," jelas pelakon versatil, Nadiya Nisaa dalam temu bual eksklusifnya bersama Sinar TV.

Ini merupakan kemunculan pertama Nadiya selepas kisah sedihnya ini diketahui umum.

"Saya telah cukup berpantang selama 44 hari seperti orang biasa.  Fokus saya pada ketika itu adalah untuk pulihkan kesihatan dan kembalikan semangat.  Saya bersyukur kerana suami dan keluarga memberikan sokongan dan semangat kepada saya walaupun saya tahu dalam hati mereka juga amat sedih dengan perkara ini.

"Terutama suami juga terkesan.  Bukan mudah untuk kami dapatkan anak kedua ini.  Anak pertama Omar sudah pun berusia lima tahun.  Kami sekeluarga cukup gembira apabila saya disahkan mengandung dan tak sabar untuk menanti kehadiran orang baru dalam keluarga kami.

"Anak saya yang sulung Omar dia masih belum faham.  Itu yang agak sukar untuk jelaskan padanya untuk memberitahu yang adiknya telah tiada.  Sebelum ini, kita dah sama-sama buat persiapan untuk adiknya tetapi adiknya tiada," jelas Nadiya dalam nada sayu.

Tambah Nadiya lagi, yang penting ketika ini adalah mereka akan memberikan sokongan moral antara satu sama lain.

"Masing-masing cakap anak ini adalah ahli syurga. Itu yang membuatkan saya reda dengan ketentuan ini," ujarnya lagi.
Powered by Blogger.