Bapa mertua Abby Abadi meninggal dunia

BAPA mertua Abby Abadi dilaporkan meninggal dunia akibat denggi berdarah, hari ini.

Menurut suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria, bapanya, Zakaria Dollah, 64, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Zakaria dimasukkan ke Hospital Gua Musang dan mendapatkan rawatan di sana sejak 17 September lalu.

Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Krai dan Hospital Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

"Allahyarham bapa saya sudah tiada sejak Asar tadi.

"Allahyarham masih sedar ketika dimasukkan ke hospital, bagaimanapun beliau mengalami pendarahan otak dan koma," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Lati, Pasir Mas, malam ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Bapa mertua Abby Abadi meninggal dunia Bapa mertua Abby Abadi meninggal dunia Reviewed by Kakigosip on 20:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.