F Bapa Azharina Kembali Sembuh Selepas Sebulan Nazak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bapa Azharina Kembali Sembuh Selepas Sebulan Nazak


Penyanyi Azharina ketika ditemui pada majlis pengenalan Gegar Vaganza yang diadakan di LOL@Live House, TREC Kuala Lumpur. musim ketiga memberitahu, ayahnya yang sebelum ini menghidap penyakit kronik kini mula beransur sembuh.

"Sebulan lalu semasa ayah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) keadaannya nazak. Ayah menghidap penyakit paru-paru berair, jantung dan buah pinggang. Alhamdulillah sekarang ayah sudah beransur pulih dan sudah boleh berjalan perlahan-lahan.

"Pun begitu, sekarang ini menunggu waktu untuk proses pembedahan jantung ayah pula. Jadi saya berharap agar semuanya dapat berjalan dengan lancar," ujar penyanyi Elegi Sepi.

Meskipun ditimpa musibah dan hidup  berstatuskan ibu kepada seorang putera hati, Azharina mengakui dia masih lagi trauma dengan lelaki.

"Sudah sembilan tahun biarlah saya begini. Syukur dengan apa yang Allah kurniakan, ada anak dan keluarga serta cukup keperluan untuk hidup.

"Memang tidak ada lelaki yang cuba untuk pikat hati saya, mungkin kerana mereka takut. Kalau ada pun saya berharap biarlah yang terbaik malah saya juga tidak mahu bercinta lagi dan terus sahaja masuk meminang. Ini kerana saya sudah trauma dengan lelaki," katanya.

Dalam perkembangan lain saksikan Azharina yang berjaya mengikuti program Gegar Vaganza musim terbaru yang akan bermula pada 16 Oktober ini, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD Ria 123.
Powered by Blogger.