F Bakal ikut jejak langkah Gangnam Style? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bakal ikut jejak langkah Gangnam Style?

SANA-SINI sibuk bercerita mengenai sebuah klip video lagu dari Jepun, PPAP Pen Pineapple Apple Pen.

Jika sebelum ini klip video Gangnam Style menerima fenomena yang bukan calang-calang dari pelayar internet seluruh dunia yang sehingga mengumpul lebih 2 bilion tontonan di YouTube, kini lagu tersebut pula dikatakan bakal mengikut jejak langkah sama.

Persamaan lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen hampir sama dengan lagu Gangnam Style, iaitu menggunakan lirik dan melodi yang mesra pendengar, lalu membawa kepada tontonan yang berulang kali oleh pelayar internet. Sehingga kini, ia mengumpul lebih 42 juta tontonan.

Apa yang menariknya, video yang pertama kali dimuat turun pada 25 Ogos lalu itu turut mendapat perhatian selebriti popular Hollywood, Justin Bieber yang memberitahu ia merupakan video kegemarannya di internet pada ketika ini menerusi laman Twitter miliknya.

Posting tersebut sudah tentunya memberi tempias buat lagu berkenaan kerana Bierber sendiri mempunyai lebih 88 juta pengikut di Twitter.

Piko Taro iaitu watak lelaki dalam video tersebut merupakan alter ego kepada pelawak dan penyampai radio Jepun, iaitu DJ Kosaka Daimaou yang turut dikenali sebagai Kazuhiko Kosaka. Selebriti berusia 43 tahun ini turut aktif di Facebook.

Sehingga kini, pengikutnya di laman tersebut mencecah lebih 55,000 pengikut.

Watak Piko Taro pertama kali diperkenalkan penyampai radio dan pelawak itu di sebuah pertunjukan stand up komedi yang seterusnya menarik minat penonton terhadap watak komedi tersebut.
Powered by Blogger.