F Bakal abang ipar maut ditikam enam kali | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bakal abang ipar maut ditikam enam kali

Seorang lelaki berusia 34 tahun maut ditikam bakal adik iparnya ketika selesai melakukan pengesahan status perkahwinan di tempat parkir Kompleks Sri Iman, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Kelantan itu maut di tempat kejadian akibat ditikam sebanyak enam kali termasuk di dada kiri dan leher.

Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri dengan menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna merah, walaupun usaha menutup pintu pagar kompleks itu telah dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, ekoran itu, pihak polis telah membuat hebahan dan melakukan Ops Tutup serta merta.
Powered by Blogger.